Penerangan Mudah Difahami
"Best sangat2 kelas tajwid ni.. ustazah bagi penerangan mudah untuk di faham.. Kalau nda berapa faham, ustazah nda jemu pun untuk ulang balik sampai kami faham. Jazakillahu khair ustazah ilmu yg diberi."
Penerus Risalah Perjuangan Rasulullah
Belajar Al-Quran dalam suasana yang kondusif bersama tenaga pengajar yang berdedikasi. Akademi Al-Quran Az-Ziyad telah membimbing lebih 1,000 pelajar melalui kelas bersemuka dan atas talian.
Kaedah pembelajaran berstruktur dan berperingkat.
Tenaga pengajar penyayang, sabar dan berpengalaman.
Kanak-kanak, remaja, muslimah dan masyarakat.
Bermula pada tahun 2019, Akademi Al-Quran Az-Ziyad lahir daripada satu hasrat yang mudah — mahu lebih ramai umat Islam boleh membaca Al-Quran dengan betul, yakin dan cinta pada bacaannya.
Kami mula dengan kelas kecil di sebuah cawangan sahaja. Alhamdulillah, hari ini Az-Ziyad telah berkembang ke 5 cawangan fizikal serta kelas atas talian, dengan lebih 1,000 pelajar daripada pelbagai peringkat umur — kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan warga emas.
Kami percaya belajar Al-Quran bukan sekadar mengenal huruf, tetapi membina hubungan seumur hidup dengan Kalamullah. Sebab itu setiap kelas kami disusun secara berperingkat, dibimbing oleh guru yang sabar dan mesra, serta sesuai untuk keluarga yang sibuk sekalipun.
InsyaAllah, kami di sini untuk menemani perjalanan Al-Quran anda dan keluarga.
Fokus utama kami adalah kelas berterusan sepanjang tahun.
Dianjurkan mengikut musim & keperluan
Pilih cawangan yang paling dekat dengan anda.
Belajar dari mana-mana bersama tenaga pengajar Akademi Al-Quran Az-Ziyad.
"Best sangat2 kelas tajwid ni.. ustazah bagi penerangan mudah untuk di faham.. Kalau nda berapa faham, ustazah nda jemu pun untuk ulang balik sampai kami faham. Jazakillahu khair ustazah ilmu yg diberi."
"Terima ksih banyak sebab ajar Aiman slma nie.. alhmdulillh.. Aiman bnyak berubah.. dulunya x pernah jadi imam.. skarang tak perlu susah lgi.. suka mnghafal surah al-quran.. tanpa di suruh.. terima ksih sangat ustazah.. next adiq dia lgi nnti nak msukkan mngji dekat tahfiz az-ziyad."
"Terima kasih jgk buat ustazah sabar dalam mendidik anak2 sy. Dari blm kenal huruf, alhamdulillah hari ni boleh baca iqra 5, sudah termasuk hafal surah2 pendek, hafal hadis, boleh solat sikit2 sudah. Terima kasih ustazah."
"Alhamdulillah. Terima kasih pihak penganjur, ustaz dan ustazah atas ilmu yang disampaikan kepada anak2. Semoga beroleh manfaat dan anak2 makin bersemangat untuk BERPUASA tahun ini dan akan datang."
"Anak2 seronok.. puas mengaji. Best bilang ustazah nya mengajar."
Yuran mampu milik dengan program pembelajaran menyeluruh.
Ini antara soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa dan pelajar kami.
Ya, kami sediakan kelas dewasa dari peringkat asas Iqra' sehingga Al-Quran, tanpa rasa segan.
Boleh. Kelas online tersedia untuk pelajar di seluruh Malaysia dan luar negara mengikut jadual fleksibel.
Ya, kami tawarkan kelas tahsin, tajwid dan program hafazan mengikut tahap pelajar. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Terus WhatsApp kami — pasukan kami sedia membantu menerangkan pilihan kelas yang paling sesuai untuk anda dan keluarga.
WhatsApp kami dan beritahu keperluan anda — kami bantu cadangkan kelas paling sesuai.
Tanya Melalui WhatsAppIsikan borang ringkas di bawah dan pasukan kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat, InsyaAllah.
Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelas yang sesuai untuk anda atau anak-anak.